• shafika9

18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah Atas Kematian Zulfarhan

Akhirnya keadilan memihak pada Allahyarham Zulfarhan & keluarganya

Kredit foto: Malaysia Kini


Pada tahun 2017, kita digemparkan dengan berita mengenai sebuah kes seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disahkan meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.


Insiden tersebut telah mengejutkan orang ramai yang mengetahui isu ini berlaku di sebuah universiti tempatan. Allahyarham Zulfarhan telah dilaporkan meninggal dunia pada 1 Jun dan dikebumikan 2 Jun 2017. Kes ini dibicarakan di mahkamah tinggi dengan melibatkan sekumpulan penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat bunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Mengikut dari keputusan mahkamah, Allahyarham Zulfarhan pada hari ini apabila 18 penuntu #UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh & mencederakan Allahyarham.


Manakala, enam individu didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah. Selain itu, mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Kini 6 penuntut UPNM berkenaan didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan manakala baki lagi 12 penuntut lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan. Buat masa ini, mahkamah berehat sebentar dan hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua yang tertuduh atas kesalahan tersebut selepas mahkamah bersidang semula.


Sumber artikel asal dari VOCKET



5 views0 comments