• shafika9

17 Ahli Rombongan Pengantin Maut Dipanah Petir

Rombongan pengantin dipanah petir ketika menuju ke rumah pengantin perempuan

Kredit foto: Kosmo!


Kejadian yang berlaku di Dhaka, Bangladesh sekurang-kurangnya 17 ahli rombongan pengantin maut dan manakala 14 lagi termasuk pengantin lelaki cedera akibat dipanah petir. Menurut dari pegawai kerajaan tempatan, Sakib Al-Rabby berkata, kumpulan tersebut baru keluar dari bot untuk mencari tempat perlindungan selepas terperangkap dalam ribut petir ketika menuju ke rumah pengantin perempuan.


Bernasib baik, pengantin perempuan tidak berada bersama-sama kumpulan tersebut. Di rantau Asia Selatan ramai yang mati akibat dipanah petir. Pada tahun 2016, Bangladesh mengumumkan panahan petir merupakan bencana alam apabila lebih daripada 200 orang terkorban pada bulan mei sahaja termasuk 82 orang dalam masa satu hari.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments