• Jonathan Shiek

15 Maut Disebabkan Penyakit Misteri

Penyakit misteri dijumpai di selatan Tanzania kerana jangkitan yang masih tak dikenal pasti, mengakibatkan ramai mengalami rasa mual dan muntah darah. Sekurang-kurangnya hampir 15 orang maut dan lebih 50 orang yang lain terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menurut dari ketua pegawai perubatan Felista Kisandu, “punca penyakit ini masih belum diketahui masalah tersebut. Tapi ikut pemeriksaan klinikal awal menunjukkan pesakit, kebanyakkan lelaki mengalami ulser perut dan penyakit hati” kata Kisandu.

Pelbagai sampel air dan darah pesakit telah dihantar ahli kimia kerajaan bagi pengesahan dan mengetahui apakah berlaku pencemaran merkuri. Menteri kesihatan Tanzania, Doroth Gwajima 

Dalam satu kenyataan mengerahkan sekumpulan pakar untuk melakukan pemeriksaan termasuk laporan bertulis sebagai bukti penyakit bagi memudahkan pihak perubatan untuk ambil tindakan selanjutnya. Pihak menteri di Tanzania memohon orang ramai untuk bertenang terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca penyakit ini.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments