• shafika9

13 Motosikal Terbakar Di Kawasan Parkir Kenderaan

13 buah motosikal yang musnah keseluruhannya dalam kebakaran pada jam 4 pagi

Kredit foto: Astro Awani


Kejadian yang berlaku di Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu, Georgetown, Pulau Pinang apabila 13 buah motosikal musnah dalam satu kebakaran di parkir kenderaan di Blok 3 Flat. Menurut dari Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Sharel Annuar Mawardy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 pagi daripada orang awam.


Pihak bomba kemudiannya tiba di lokasi kejadian 9 minit kemudian dan mendapati api marak di kawasan tempat meletak kenderaan. “Kebakaran melibatkan 13 buah motosikal secara keseluruhannya. Api berjaya dipadamkan enam minit kemudian selepas tiba di lokasi,” katanya.


Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan kebakaran tersebut tidak melibatkan kenderaan lain yang diletakkan di kawasan parkir berkenaan.


Sumber artikel asal dari Astro Awani


9 views0 comments