• shafika9

10 Filem Hollywood Yang Tak Sabar Untuk Ditonton Pada Tahun 2021

Updated: Oct 8, 2021

Hampir sepanjang tahun 2020 ini kita diduga dengan wabak berjangkit COVID-19. Boleh katakan kesemua tempat terpaksa ditutup termasuk pusat hiburan seperti panggung wayang dan kebanyakkan filem juga tak dapat ditayangkan. Saya memahami yang jenis kaki wayang, mesti rasa terkilan tak dapat menonton cerita favourite korang pada tahun ini kan?

Tak mengapa, kita mengharapkan di tahun depan semua menjadi dalam keadaan baik dan kembali seperti asal semula. Baiklah, saya akan list kan 10 filem yang korang patut tunggu untuk tahun 2021 nanti. Jom saya kupaskan sekarang!

1. The Kingsman – 12 Februari 2021

Sumber: Cinema Online

Permulaan seorang lelaki yang harus berlawan untuk menentang si penjahat yang paling terteruk dalam sejarah kejahatan. Penjahat tersebut cuba sedaya upaya untuk memulakan peperangan yang besar untuk memusnahkan kehidupan manusia. Dapatkah mereka menghentikan rancangan penjahat tersebut? Nantikannya pada Februari tahun depan.





2. Peter Rabbit 2: The Runaway – 18 Februari 2021

Sumber: THN

Kehidupan Peter bersama arnab-arnab yang lain kini bahagia bersama Bea dan Thomas McGrenor. Seperti biasa, kenakalan Peter yang tiada sudah dan mendapati dirinya menemui dunia baru. Adakah Peter akan memilih dunia baru atau kembali pangkuan keluarga yang sanggup menjaga mereka untuk apa saja?. Manakah Peter dan arnab yang lain akan memilih? nantikannya di panggung tahun depan. 




3. Quiet Place II – 20 Mac 2021

Sumber: Wallpaper Access

Kini keluarga Abbott menghadapi ketakutan di dunia luar dan masih dapat menyelamatkan diri mereka, tapi hanya dalam keadaan senyap. Mereka terpaksa meneroka ke kawasan yang masih belum diketahui dan menyedari bahawa makhluk tersebut masih memburu mereka dengan mengekori suara yang membawa ancaman pada keluarga mereka. Adakah keluarga Abbott akan terselamat dari makhluk tersebut? Ketahui selanjutnya hanya di pawagam tahun depan.




4. No Time to Die – 1 April 2021

Sumber: ETimes

James Bond dikenali sebagai perisik yang licik dan pandai untuk menyelesaikan masalah. Mendapati seorang penjahat yang misteri, bersenjata dengan teknologi baru dan lebih berbahaya. Adakah kali ini James Bond dapat menundukkan penjahat misteri itu? Filem francais James Bond 007 akan menjadi filem terakhir buat Daniel Craig, kalau korang meminatinya pastikan korang nantikan filem ini di pawagam tahun 2021.




5. Monster Hunter – 22 April 2021

Sumber: News Daily

Mengisahkan permainan video bersiri tentang raksasa dan manusia yang memburu mereka. Apabila Leftenan Artemis dan pasukan elitnya memasuki dimensi yang berbeza menyebabkan mereka terpaksa untuk cari jalan keluar. Pada masa yang sama, mereka terjumpa pemburu misteri yang ada kebolehan untuk hidup di dimensi tersebut. Dalam pertempuran untuk menghalang raksasa daripada memasuki portal dan menyerang bumi. Bagaimana kesudahan cerita ini? Nantikannya di layar perak tahun depan.




6. Black Widow – 6 Mei 2021

Sumber: Variety

Natasha Romanova aka Black Widow diberikan kepada KGB untuk membuatkan dia jadi sebagai seorang operasi terhebat. Ketika U.S.S.R berpecah, pihak kerajaan memutuskan untuk cuba membunuhnya yang kini berada di New York. Kalau korang peminat Marvel, maka korang kena nantikan filem ini pada Mei 2021 nanti.




7. F9 – 22 Mei 2021

Sumber: Fast & Furious 9 2021 (Facebook)

Filem dari sambungan The Fate of the Furious (2017), Dominic Toretto dan keluarganya mesti menghadapi adik lelaki Dominic, Jakob, yang kini seorang pembunuh yang bekerja dibawah musuh lama Cipher. Juga menyimpan dendam terhadap Dominic. Filem F9 adalah filem siri terakhir buat francise Fast and Furious dan juga ada kemunculan John Cena memegang watak Jakob adik kepada Dominic. Nantikan juga filem terakhir Fast & Furious pada pertengahan tahun depan.




8. Ghostbuster: Afterlife – 10 Jun 2021

Sumber: Deadline

Siapa yang tak mengenali filem siri Ghostbuster? Kali ini, mengetengahkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Setelah diusir dari dari rumah, bersama ibu mereka terpaksa berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahama yang diwariskan oleh datuk mereka. Kemudian, terdapat kejadian gempa bumi misteri yang berlaku di bandar tersebut. Mereka baru tahu ada kaitan dengan ‘ghostbusters’ dan kini legasi rahsia peninggalan datuk mereka akhirnya terbongkar.




9. Venom : Let There Be Carnage –  25 Jun 2021

Sumber: Finance Rewind

Filem ini adalah sekuel dari filem Venom (2018). Berkisahkan Eddie Brock mendapat kuasa adiwira selepas dijangkiti ‘symbiote’ makhluk asing. Berkemungkinan karakter Spider-Man akan muncul dalam filem Venom 2 kali ini? Agak-agak korang macam mana, adakah mereka akan bermusuh atau sama-sama melawan untuk menentang penjahat? nantikannya pada tahun depan. Ini trailer bagi filem Venom 2 dan masih tiada keluar secara rasmi lagi.




10. Don’t Breathe 2 – 12 Ogos 2021

Sumber: Den of Geek

Filem ini adalah kesinambungan dari yang pertama, dimana orang buta tersebut bersembunyi di kabin terpencil dan mengambil seorang gadis yatim piatu yang diselamatkan dari sebuah kebakaran yang dahsyat. Kehidupan mereka yang tenang, kini telah hancur disebabkan sekumpulan penjenayah menculik gadis berkenaan. Orang buta terpaksa tinggalkan kabin tersebut untuk menyelamatkannya. Dapatkah dia menyelamatkan gadis tersebut? Jawapannya akan ada di pawagam tahun depan. Filem ini juga masih tiada trailer yang rasmi, jadi korang harus nantikannya OK.




Jadi, filem manakah korang akan tonton pada tahun depan nanti ? Share kan pandangan korang diruangan komen dibawah tau!

#hollywood #f9 #quietplace #kingsman #FilemHollywood

0 views0 comments