• Jonathan Shiek

10 Ciri Ciri Lelaki Yang Hana ELAKKAN 

Happy New Year guys! Siapa rindu Hana? Meh Hana hantar makanan! HAHA. Hana harap semua sihat disamping orang tersayang ok? 

Saat semua orang sambut tahun baru ni, ada juga yang sambut boyfriend/girlfriend baru atau ada CRUSH BARU dekat sesiapa. Haa, ada kan? :p 

Hana nak bagitau, artikel ini untuk orang yang ‘In a serious relationship’, yang nak berdua tahun ni! 

Speaking from experience, most in this list korang pun tahu korang kena elakkan bagi tak tersalah pilih bakal suami la orang katakan.

Yang tak beriman


Ciri ni penting bagi membimbing kita ke jalan yang diredhai dan juga menjadi ketua keluarga yang boleh diharapkan bukan untuk Hana je, untuk semua orang juga.

Lelaki panas baran dan kaki pukul. (big NO NO!)


Yang ni Hana memang tak boleh! I wont tolerate. PERIOD!

Lelaki yang tak serious. (Boy, bye)


Semua hubungan kita harapkan ianya berakhir dengan ikatan yang sah dan halal, sama juga dengan Hana. Im looking for a husband, bukan part-time lover! 

Lelaki yang tak menepati masa


I am NEVER late! Pada sesiapa yang tak kenal Hana, Hana pantang orang lambat or buat Hana lambat, so please hormati masa orang lain. From that, korang boleh tahu jenis lelaki macam mana korang dating tu. Plus dia ini akan menunjukkan samada dia gembira atau tak bila berjumpa dengan korang.

Lelaki yang pemalas (move your a**!)


Lelaki yang tak ada toleransi, smh


Lelaki yang suka membangga diri (Typical)


Elakkan lelaki yang tak habis-habis nak cakap pasal diri dia je dan bermegah-megah depan kawan. Turn off sangat!

Lelaki yang kedekut


Ni pun sama juga. Kalau korang kena bayarkan semua benda, bayangkan kehidupan lepas kahwin macam mana? Fikirlah sendiri.

Lelaki penakut. (Cite hantu pun takleh tengok, apoo)

Ciri ni jangan dipandang ringan ya kawan kawan. Lelaki haruslah berani kerana dia bakal menjadi pelindung dan harapan jika terjadi sesuatu nanti.

Yang tak hargai cinta Hana (Chewahhh)


Hana tahu bukan semua orang sempurna tapi kita boleh memilih kan? Hana rasa tak salah kalau kita nak yang terbaik untuk masa depan kita tetapi pada masa yang sama kita harus menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Always love yourself first guys! Hana taknak yang sempurna, cukup sempurna untuk Hana. (eheks!)

Terlajak perahu boleh undur guys, tapi kalau tersalah pilih husband macam mana?

Better late than sorry. 

0 views0 comments