• Jonathan Shiek

10 Cara Nak Buat Lelaki ‘Tahan Lama’…

Wahai wanita-wanita di luar sana, meh sini Hana nak kongsi dengan korang macam mana nak buat lelaki ‘tahan lama’ dengan korang. Yup! Tahan lama dengan perangai kita yang kadang-kadang moody tak tentu pasal, kadang-kadang nak manja…apa citer?

Be his best friend and a lover. Pernah dengar kan pepatah ni? Jadi tempat yang senang untuk dia meluahkan apa saja yang terbuku dalam hati dia. Be a good listener girls.

Selalu kelihatan cantik dan jaga penampilan korang. Pada masa yang sama ini juga boleh meningkatkan korang punya ‘self confidence’.

Sentiasa menyenangkan dan tersenyum. Kan cantik kalau selalu senyum.

Pandai masak. At least pandai masak benda yang senang-senang je untuk jaga perut si dia, barulah si dia tak lari. Sekurang-kurangnya pandai masak makanan kegemaran pun ok dah.

Memahami hati budi si dia. Jaga hati dan ambil hati keluarga dia. 

Jadi wanita yang penyabar. Lelaki tak suka wanita yang cepat melenting, so calm down girl.

Consistent! Kita nak lelaki terus buat apa yang dia buat masa kita first date kan? So kita pun perlu buat benda yang sama kalau kita nak si dia tahan lama dengan kita. Am i right or am i right?

Jangan kongkong dia. Biarkan dia keluar dengan kawan-kawan dia. Tapi kalau korang jumpa lelaki yang masih akan text korang walaupun dia keluar dengan kawan dia, untunglah! Can’t relate 

Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana. Euww sini. 

Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu jadi orang lain. Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.

p/s: lelaki yang tahan lama akan baca artikel ini sampai habis, so tahniah! 🙂

2 views0 comments